Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

21 September 2010

AIDILFITRI YANG KUDUS....

SALAH SATU SNAP YANG DAPAT DILIHAT
DALAM SUASANA PAGI AIDILFITIRI





Bercerita tentang Aidilfitri yang terindah yang baru saja kita lewati, sudah semestinya banyak kenangan yang manis dan muluk-muluk kita lalui. Pertama berkumpul bersama anak-anak, isteri dan keluarga semua. Rakan taulan dan saudara yang bertandang pagi, petang, siang dan malam sangat memeriahkan aidilfitri. Menikmati hidangan yang seadanya, sehingga kebentak perut diisi.

Benarlah kata orang-orang tua, Aidilfitri satu kemenangan terindah yang sangat kudus untuk dihayati. Menghayati aidilfitri terdapat kisah suka duka dalam diri. Bermuhasabah, menelurusi masa lalu, mendekatkan lagi aidilfitri yang bertandang dihati. Dalam sibuk beraya dan ziarah menziarahi, tak sedar kita berada dihujung aidilfitri. Dalam hati memohon doa kepada Ilahi, agar adilfitri yang kudus ini dapat bertandang lagi di masa-masa yang akan datang.

Salam hormat saya, jumpa lagi.....

2 ulasan:

  1. salam Bro. Hj. Zed...

    betol tu..Aidilfitri lah kita dpt bersua. Klu lain hari pastinya ada 'hajat'...hehehe

    err...mcmana nak kerumah Bro Zed ye???

    BalasPadam
  2. Salam Jaa,

    Dah puas beraya, sakan nampaknya awak raya tahun ni. Betul lah tu, jika jumpa di hari lain tentu ada hajat yang tertentu.

    Nak ke rumah saya senang je, di Pekan Semerah hala ke MUar, masuk jalan taman perumahan yang baru nak siap di sebelah kiri selepas pejabat pos semerah. Melalui jalan sekolah agama. Depan tu le rumah saya.

    Tapi nak kena tel saya dulu, bimbang takut saya beraya. Minta dengan pak naib wahit. Nanti bolehlah saya prepare apa2 yang patut...he...he...

    BalasPadam