Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

29 September 2010

MEMBENA SEBUAH KOLAM IKAN BEPANCURAN AIR

Salah sebuah kolam yang mampu merwat minda dari
bebanan masalah yang pelbagai





Ikan Koi....menyeri kolam taman


Ramai rakan-rakan yang bertanya, bagimanakah untuk membena sebuah kolam ikan berpancuran air di kawasan ruang taman yang kecil dan sempit?..


Membena kolam ikan/pancuran air di satu kawasan yang sebegitu sebenarnya tidaklah menjadi sangat susah untuk dilakukan. Pertama dengan cara kita boleh membenanya disekeliling kawasan berkenaan (seperti saliran yang dikepung dengan konkrit) lalu membuat aliran air yang berpusing (water circle) melalui pump yang bersaiz sederhana. Atau kita juga boleh membena sebuah kolam konkrit diatas tanah atau sebuah kolam yang digali dan disimin disekeliling kolam berkenaan.

Samada bentuk kolam anda dibena diatas tanah, digali atau dibuat seperti kepungan saliran sebenarnya adalah bertujuan untuk menghadirkan satu suasana segar, sejuk yang berair dan nyaman di kawasan sekitar taman kecil anda sahaja. Germercik bunyi air dengan gemersik hebusan bayu yang sesekali menampar tubuh akan membuatkan kita terhindar dari suasana hiruk pikuk kota dan bebanan kerja yang tidak berpenghujung semasa berada dirumah sendiri.

Percayakah anda dengan terbenanya sebuah kolam/pancuran air, kawasan taman yang dulunya sepi dan murung, akan mejadi satu bentuk terapi yang mampu merawat minda anda?

Berada dalam taman yang penuh dengan suasana alam semulajadi akan merawat minda yang selalu berserabut dengan masalah yang pelbagai. Bagi menambah aksesori kolam/pancuran anda, anda boleh menambah dengan cara mengisinya dengan ikan-ikan yang berwarna warni (species ikan koi dan emas) juga meletakkan beberapa tanaman pohon yang bersesuaian mengikut selera dan kemampuan. Meletakan bongkah-bongkah batu besar atau tunggul kayu dilihat lebih asli untuk dijadikan tempat istirehat.

Sebenarnya kos membena kolam/pancuran tidaklah begitu mahal, apa yang diperlukan ialah kepakaran tukang yang mampu mengikut rekabentuk yang kita kehendaki. Tambahan aksesori boleh dibuat secara berterusan dan sesekali ubah kedudukan tanaman yang berpasu supaya tidak dijemu dipandang. Bersihkan kolam anda sekurang-kurangnya tiga bulan sekali atau mengikut keperluan. Rawatan bagi air hendaklah sentiasa dipastikan bagi mengelakkan kehidupan parasit yang tidak diingini mendominasi kolam kesayangan anda nanti.

Sedikit tip yang saya berikan ini mungkin mampu menjawab permasalahan yang sedang bermain difikiran anda sekarang. Selain itu sesiapa pun yang boleh memberikan pandangan mengenai kolam dan taman sangat saya alu-alukan untuk memberikan pandangan di blog saya ini.

Jumpa lagi di entry akan datang.....


6 ulasan:

  1. salam zed..
    agak lama tk ziarah sini..pc sy ada prblm..namun rezeki sy dpt tinggalkan komen..ada tempat lngsung tak boleh..
    teruja betul sy lihat tamn yg ada kolam ikan dan air pancur..
    rumah lama di cheras dulu penuh bunga..cuma tak sempat nak buat kolam ikan..insyallah mudah2an hari2 tua sy nnati sy dapat miliki apa yg sy hajati...insyallah

    BalasPadam
  2. Salam Idalara,

    Betul,lama saya tidak melihat Idalara singgah disini, terima kasih sudi berkongsi pandangan dengan saya. Memang teruja untuk memiliki sebuah taman dan kolam yang comel. Saya pasti rasa itu akan membuatkan kita mampu untuk membinanya.

    BalasPadam
  3. salam bro, nice photo. agaknya berapa anggaran bajet nak wat kolam ikan macam tu?

    BalasPadam
  4. Salam Intan,

    Yup.. diangkat dari blog rakan-rakan, anggaran kos mengikut saiz, keluasan kawasan dan akseori yang diperlukan bawah RM10,xxx. Tidak termasuk ikan. Tapi kalau di Temerloh banyak kontraktor yang boleh dirunding bagi mencari harga yang minimum.

    BalasPadam
  5. Zed,
    saya pernah mengikuti kursus membina kolam air pancuran di MARDI beberapa tahun dulu tapi yg lawaknya saya tak pernah buatpun, penyudahnya saya beli air pancuran yg amat comel untuk sudut taman yg selebar pipi kucing tu hehehe. Apapun terima kasih kerana berkongsi ilmu

    BalasPadam
  6. Salam Noorlara,

    Tak buat kolam pancuran tak mengapa, tetapi ilmu dah ada dan boleh digunakan bila-bila masa. Saya percaya jika berkesempatan noor akan membenanya, wah saya dapat bayangkan bertapa cantiknya sudut taman yang begitu..

    BalasPadam