Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

22 April 2009

GAMBAR YAB PERDANA MENTERI

YAB DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI
Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya, gambar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diedarkan kepada umum kah? Jawapan klise dari saya ialah belum. Bila agaknya keluar? sekali lagi saya jawab tidak pasti. Lalu saya jangkakan soalan itu telah tamat disitu sahaja, tapi soalan baru pula diajukan kepada saya - awak agak-agak bila kita boleh dapat? Saya juga menjawab lagi tidak pasti dan tidak tahu. Mereka terus mendesak lagi, alah awak agak-agak sahaja. Untuk tidak menggalakan soalan susulan yang lain saya jawab - lebih kurang tiga bulan. Mereka mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang saya sendiripun tidak pasti akan kebenarannya dan mereka sendiripun faham dengan jawapan agak-agak saya itu.
Saya lihat rakyat sangat berminat untuk mendapatkan gambar YAB Perdana Menteri mereka untuk dihiasi di ruang pejabat atau tempat-tempat umum yang sesuai. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai sikap berbangga untuk memiliki potret pemimpin mereka. Perasaan ini begitu mengusik kedalam sanubari hati kecil saya. Mungkinkah rakyat perlukan satu perubahan yang drastik kepada kepimpinan negara yang baru. Atau umum sukakan keterampilan YAB PM kita yang lemah lembut dan kacak ini. Jika begitu harapan rakyat, pihak pucuk pimpinan mesti membalas harapan itu dengan kewajaran yang setimpal.
Berbalik dengan beberapa jawapan yang saya berikan kepada rakan-rakan dan mereka yang bertanya itu, hanya ada satu kesimpulan yang jelas saya dapati, rakyat Malaysia inginkan sesuatu jawapan yang pasti walaupun perkara yang sebenarnya masih belum tentu lagi.
DIUCAPKAN SALAM KEJAYAAN BUAT YAB PERDANA MENTERI DAN BARISAN ANGGOTA KABINET YANG BARU - TUNAIKAN INSPIRASI RAKYAT DALAM HALA TUJU KEPIMPINAN NEGARA BAGI MENGHADAPI BADAI PERGOLAKAN DUNIA HARI INI. SATU NEGARA - SATU MALAYSIA....!

10 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Saudara Bloggers yang saya kasihi,

    Kita semua mempunyai pandangan berbeza, mungkin kita tidak sependapat. Tetapi kita semuakan sesama blogger. Untuk apa memperkatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain? Be a wise blogger.

    BalasPadam
  5. Adik tanpa nama,

    Terima kasih atas pandangan dan pendapat adik. Walaupun sepatah tetapi penuh bermakna.

    BalasPadam
  6. salam bro zedmagel,

    bercerita tentang gambar PM baru ni kawan teringat ramai yang berebut nak poster calon BN Parlimen Pt.Sulong, Datuk Noraini Ahmad dalam Pilihanraya ke 12 lalu. Ada yang tampal dalam bilik tidur bro........

    BalasPadam
  7. Bro Amir,

    Untuk untuk PRU ke 12, jangan tampal kat bilik, gambarnya nak buat kempen.

    BalasPadam
  8. betul tu zedmagel,kita jangan berbuat sesuatu yang menyakiti hati orang lain,renungan yang baik untuk semua ahli umno dan pengikutnya...aku dah lama disakiti oleh pemerintahan umno serta pengikutnya..

    BalasPadam
  9. Salam Bro rush war,

    Saya melihat bukan semua pemimipin dan ahli UMNO menyakitkan hati orang. Mungkin terdapat segelintir dari mereka yang begitu, tetapi yang lain elok sahaja.

    Itu memang sikap sebliangan manusia, mereka ini pelbagai. Bukan dikalangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO sahaja. Begitu juga dengan parti-parti politik yang lain. Yang bernama politik lumrahnya begitulah. Mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.

    Terima kasih atas pandangan bro.

    BalasPadam