Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

09 April 2009

IBARAT SIREH PULANG KE GANGGANG

DATUK SERI DR RAIS YATIM

Perlantikan YB Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan dalam Kabinet baru pada penggal ini tidaklah begitu memeranjatkan bagi orang politik di negara ini. Kembalinya Datuk Seri Dr Rais ke Kementerian Penerangan - ibarat sireh pulang ke ganggang, kerana beliau merupakan bekas menteri di kementerian berkenaan pada satu ketika dulu.


Kementerian Penerangan yang dianggap kementerian agak kanan dalam negara ini sememangnya memerlukan seorang menteri seperti beliau. Beliau seorang yang berprinsip dan mempunyai idea yang bernas dan ditambah dengan pidato dan hujjah yang mampu menyakinkan semua orang, membuatkan kementerian ini akan lebih menonjol disamping dengan gabungan beberapa lagi kementerian dan jabatan di bawah pimpinanya.

Bagi seorang menteri yang senior dalam kabinet negara, YB Datuk Seri Dr Yatim dilihat mampu untuk mengimbangi barisan kabinet baru serta memantapkan lagi kedudukan BN di masa akan datang.


TAHNIAH DATUK SERI DR RAIS YATIM, TERUSLAH BERJUANG MEMPERKASAKAN AGAMA DAN BANGSA.
AKAR KELADI LILIT SELASIH,
SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN,
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH,
MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN.

2 ulasan:

  1. salam bro,

    walaupun kalah naib presiden dengan mendapat lebih kurang 400 undi tetapi 'orang lama' ini masih dipercayai Najib. Tahniah jang

    BalasPadam
  2. Bro Amir,

    Sokongan kuat saudara, DSRY dapat menteri Jabatan Penerangan. Tahniah le..

    BalasPadam