Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

27 Ogos 2009

POKOK DAN BUAH : NIPAH

Tak semena-mena, membaca blog lanabulu - aku terkenang dan teringatkan kelazatan dan nikmatnya rasa isi dan air buah nipah. Tapi itu kenangan masa zaman aku kecil-kecil di kampung. Sekarang dah berpuluh tahun aku tidak nampak dan merasai kelazatan isi buah nipah ini.

Terasa masa silam waktu itu tersangatlah rindunya tapi apa boleh buat waktu terus berlalu. Jika tidak boleh lah menyelapak di kampung sambil mengimbas kenangan lalu dan memberikan pengalaman baru buat anak-anak yang memang tak tahu akan keenakan dan kelazatan buah nipah. Untuk makluman yang tak tahu, pokok nipah banyak tumbuh di tepi sungai berair masin, buah nipah yg boleh dimakan (isinya lembut dan tidak keras) ialh buah yang sedang matang. Jika tandan dah tua isi rongnya boleh dibuat minyak buah nipah.




GAMBAR HIASAN

Dalam usaha mencari buah yg sesuai untuk dimakan ..maka terpaksalah mengorbankan beberapa tandan nipah yg sepatutnya batang tandan tersebut disimpan untuk ditahan air manisanya (nira nipah).



GAMBAR POKOK NIPAH DAN BUAH NIPAH

Buah nipah ni memang lah jarang kepada generasi muda. Apatah lagi merasa keenakkan isi nya yang seakan-akan 'buah kabung'. Isi nipah ini tidaklah terlalu manis seperti buah rambutan tu . Namun ke'enak'an nya hanya boleh digambarkan oleh mereka yg merasai sendiri. Memang best... Rugi sekiranya anda tidak pernah merasainya. So.. spt kata bidalan 'tak merasa, maka tak cinta' bila dah merasa mesti terkenang....sampai ke tua....

Nota : Gambar dan Teks dipetik dan diubahsuai mengikut selera saya dari Blog Lanabulu ( Bro Lanabulu don't mind ya? )

32 ulasan:

  1. Salam....

    saya la yg tak penah makan buah Nipah ni!!! adussss jakun nye saya!

    :(

    BalasPadam
  2. Percayalah, bila anda makan atau minum dari bahan buah nipah ni, nescaya anda tidak akan nampak Mak Mertua anda bila dia jalan di belakang anda.

    BalasPadam
  3. Salam bersalam Jaja,

    Alahai ruginya jadi orang Kg Separap dan Mampan kalau tak pernah rasa nikmatnya isi dan air nipah. Nanti ajak Bro Kuntong cari buah tu, mesti awak dapat merasakannya.

    Kalau tak makan, sesalnya sampai ke tua...

    BalasPadam
  4. Salam Bro Kuntong,

    Betul kata bro tu. Cuma satu nak pesan nanti jika awak pergi cari buah nipah kat Pt Awang, ajak Jaja bin The Rock sekali, sebab dia tu saya kesian tak pernah rasa isi buah nipah.

    BalasPadam
  5. alamak, tak pernah merasa buah nipah la..huhu

    BalasPadam
  6. Salam Ramadhan Sahabatku Basuh Baju,

    Buah ni le yang paling sedap, isinya putih, manis kenyal ( macam buah kabung ) rasa payah nak disebut tapi jika bulan puasa ni, orang German Johor kata "ngences".

    Kat sebelah Perak di sepanjang lebuhraya utara - selatan, kalau ada yang jual air nira nipah, tanayakan buah nipah ada jual tak? Rugi kalau tak rasa, menyesal sampai ke tua nanti.

    BalasPadam
  7. Selalu nampak pokok Nipah tapi buah nipah tak pernah makan. Masa kecik-kecik dulu berkawan baik dengan HaNIPAH. hehehe

    BalasPadam
  8. okey....

    Cikgu Kuntong!!! jom carik buah nipah utk juadah berbuka nnt...
    takut nnt ngences tak dpt mkn...

    xD

    BalasPadam
  9. Salam Bro Amir,

    Apalah bro....gi le menyelapak dalam benteng lubok laut, ajak Jamil tu cari aje buah nipah. Buat malu le kalau orang Lubok tak pernah makan buah nipah.he..he.

    Kawan dengan HaNIPAH tu tak boleh dimakan, Hanipah Man..he..he..

    Malam ni lepas tarawih dan tadarus kita pekena air nipah kat kaki ayam. agak-gak jam 9.45 malam. pepehal tefon le.tadar

    BalasPadam
  10. Hai Jaja,

    Cikgu awak senyap je tak nak respon. Dia takut kena gigit agas dan menyelapak dalam lumpur cair. Boleh jadi pecah puasanya hari ini. ...ha..ha...ha...

    Pecah puasa tak pe boleh ganti...tapi jangan Ngences sampai ke tua.....

    BalasPadam
  11. Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.Rilek rilek.

    Jom.

    BalasPadam
  12. Salam Ramadhan Saudaraku FdausAmad,

    Saya dah menjengah di blog saudara, memang sangat menarik dan sangat santai isinya. Banyak perkara yang diperolehi dan cerita-cerita lucu dan berdekah untuk mengubat hati.

    Terima kasih keran termasuk diblog saya.

    BalasPadam
  13. Salam Merdeka ke-52 2009 & Salam 1 Malaysia

    BalasPadam
  14. salam bro,
    buah nipah..mmg tak penah makan lagi lah buah nie..alamak, dah sama lak ngan bro amir, pakcik kuntong n kak jaja nie..he3

    Salam kemerdekaan yg ke-52 =)

    BalasPadam
  15. Salam Tejaku,

    Salam Kemerdekaan ke 52 dan salam 1 Malaysia buat kita sesama bloger.

    Mana yang berpose selamat berpose, mana yang tak pose, makan tu menyorok2 le . Hormatilah bulan puasa Bulan yang mulia.

    BalasPadam
  16. Salam Eiza,

    Buah nipah ni memang sedap le eiza, dianya kenyal manis dan berair. Sungguh enak dimakan begitu sahaja.

    Pokoknya tumbuh melata di tepi sungai berair masin, daunnya pernah dulu dibuat atap rumah dan pucuk muda boleh dibuat rokok daun.

    BalasPadam
  17. salam sdr zedmagel
    thanks sudi singgah dn komen anda sgt sy hargai...tp idalara taklah cantik dan menarik gitu..biasa2 je..:)

    rasanya dah berpuluh tahun tk merasa buah nipah ni..masa zaman kecik2 dulu penah juga rasa, tp dah lupa bgaimana rasanya..

    BalasPadam
  18. ~ Nostalgia Kampung Sarang Buaya ~

    Buah nipah mengembalikan nostalgia ku di belakang rumah ku di era kanak-kanak, melastik kelawar, buat kapal daripada batang nipah, tolong abah buat atap nipah, terpegun tengok Bak Manap buat rokok daun nipah dan nak 'melepas' merentasi laluan dihiasi pokok nipah.

    Kini semuanya tiada lagi, yang tinggal hanya sebuah nostalgia. Terima kasih kerana bawak cerita pokok nipah ni bro

    BalasPadam
  19. teringat saya mencari buah ni di kg Pt Ornag Kaya dan Bagan . Masa kecik dulu inilah mainan kami..Pokok Nipah , pokok Nibung, Pokok Sagu, ketam, lengkoro (tak tau spesis sebenarnya) belangkas, dan siput sedut menyegarkan ingatanku..terimakasih kang.

    BalasPadam
  20. Memanglah nostalgia kan...
    Namun pada siapa2 yg nak makan buah nipah tu jgnlah pulak dok pi tanya kat orang yg jual air nira nipah tu sebab kalau buah tu dah dipotong sewaktu 'sedang sedap' dimakan maknanya tak de lagi lah air nira tu...

    BalasPadam
  21. Salam Idalara,

    Terima kasih sudi mampir diblog saya, banyak panduan dan nasihat dari tulisan Idalara boleh dimanafaatkan buat kita semua.

    Mengapa tidak Ida sahaja, tanpa lara..?

    BalasPadam
  22. Salam Ramadhan Idalara,

    Jangan kita merendah diri, jika kebenaran memang begitu, terima sahaja lah. Biasanya begitulah kita menghargai sesuatu.

    BUah nipah makanan kanak-kanak zaman dulu, bukan anak-anak kita zaman sekarang. Kasihan buah nipah tu, idalara dah tak sudi lagi memakannya. he.he..he..

    BalasPadam
  23. Salam Sahabatku Mahligairezeki,

    Kadang-kadang hari ini saya sangat rindu suasana masa kecil kita. Hidup tidak lah mewah tetapi sangat membahagiakan. Mengapa? ataupun waktu itu kita masih kecil lagi, tak pernah mengerti apa itu susahnya sebuah kehidupan...

    BalasPadam
  24. Salam Bung Dino,

    Sami-sami bung.Nek di kenang waduh penak waye. Wong anom da reti opo2.

    Lengkoro tu ( jabut )hanya pemandangan itu sahaja yang ada disekitar kita pada waktu itu. Itu lah permainan dan itulah kehidupan..

    BalasPadam
  25. Salam lanabulu,

    Terima kasih atas ulasan dan cerita-ceita yang dibuat mengenai buah nipah yang enak ini..

    BalasPadam
  26. salam zedmagel..
    terimakasih singgah di tempat idalara..mengapa tidak ida saja eluk dibuang laranya kan..insyaallah bila lara telah sirna akan pasti ku buang segala dukalara..

    tak mengapa sbb tk tahu sy seorg ibu tunggal..zedmagel pun baru pertama kali mnegenali saya..saya suka tguk kemesraan zedmagel bersama isteri..mudah2an kekal abadi dunia dn akhirat..

    ingin juga merasa buah nipah..tp dh susah nk jumpa skrg..sy anak jati kg asal dr Umbai tempat ikan bakar melaka..masa kecil bergelumang dengan selut di laut mencari siput..dan buah kemunting di hutan..perangai masa kecil ala2 lelaki sbb atas 4 org abg..tp mujur tk jd tomboy..wanita melayu terakhir gitu....:))

    mudah2an zedmagel akan terus bersahabat dgn sy di maya ini, terimakasih.

    BalasPadam
  27. Salam Pagi Ramdahan ke 13,
    Buat Ida....,

    Saya pasti akan hadir sebuah sinar yang akan membahagiakan Ida nanti untuk terus meninggalkan "lara" nya.

    Terima kasih atas doa Ida buat saya dan keluarga, saya melihat Ida dan anak-anak pun begitu, gembira dan sangat membahagiakan.

    Orang Umbai rupanya, tentu Idulfitri tahun ni akan balik ke Umbai kan? Menyebut Umbai teringat saya medan ikan bakar dan pulau besar yang sangat popular di Melaka. Tentulah buah nipah dan buah kemunting tidak begitu asing dengan Ida sewaktu zaman kanak-kanak, kerana kehidupan zaman itu persekitarannya begitu.

    Harap begitu hendaknya...keep blogging Ida...

    BalasPadam
  28. Salam Ramadhan Sahabatku
    Bro D'Rimba,

    Baru balik bertapa lagi bro? Tentulah di Puncak Gunung Jerai, dengan undara nyamannya yang menyihatkan minda.

    BalasPadam
  29. Salam Miez Hanem,

    Seorang peguam muda yang cantik dan manis, pernah makan buah nipah ni tak?

    BalasPadam
  30. salam.kAT Mana lweh dptkan buah ni?ada djual dmana2 x buah ni yg blum dproses?dah lama sgt tringin nk mkn buah ni,,xpenah tgk n xpenah mkn just tgk dlm tv n gmbar je..tp sya membayangkan isinya sedap n kenyal mcm nata de coco tu.....

    BalasPadam
  31. Buah ni banyak tumbuh di hutan bakau kampung saya di weston Beaufort Sabah. Sememangnya buahnya enak, nira dari tandan buah nipah juga amat enak di minum sejuk.

    BalasPadam