Perayaan Hari Raya Aidilfitri juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.
Perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.
Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin. Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar yang mampu.
Pada zaman nabi, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.
Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W.
Teks adalah karya Pengarang : Saudara Mohd Yosri Mohd Yong"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."
(Riwayat Muslim.)
Selamat 'aidil fitri
BalasPadamMaaf zahir batin..
Biasalah kita manusia ..kalau ada mana2 yg terlebih bicara atau tertulis tu..
kira 0 - 0 je okay!
TQ
Salam Aidilfitri Saudaraku Lanabulu,
BalasPadamSaya pun begitu. MAAF ZAHIR DAN BATHIN, mana-mana yang tak kena dan menyinggun perasaan.
Cantiklah anyaman ketupat ini diselang selikan warnanya.....Mudahan saya akan berkesempatan lawat sahabatku di sana sikit masa lagi. Abang saya mengajar di uitm Segamat....
BalasPadamSalam Aidilfitri
BalasPadamSahabatku D Rimba,
Bentuk anyaman juga satu seni yang mengambarkan budaya dan bangsa, bangsa kita.
Jika berkesempatan kedatangan saudara sangat dinantikan, kita boleh berkumpul bersama-sama blogger BP yang lain apalagi di musim syawal ini.
Salam bro,
BalasPadamAidil Fitri di Johor ni disambut sebulan juga sedangkan Nabi menyambutnya selama 1 hari. Namun saya rasa tidak menyalahi hukum kerana sepanjang sebulan ni kita tak habis-habis mengunjung sanak saudara dan sahabat handai, termasuklah majlis marhaban dari rumah ke rumah di dalam kampung kita.
Salam Aidulfitri Bro,
BalasPadamSaya percaya bro, betul Nabi takan nak samakan dengan bro. Nabi rasul dan pesuruh Allah, kita hamba sahaya yang sangat kerdil dan tipis imannya.
Tapi Allah menjanjikan dua kegembiraan bagi umat Islam yang berpuasa, pertama ketika berbuka dan kedua menyambut kemenangan melawan hawa nafsu (Aidilfitri) .
Wahuallahualam....