Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

03 September 2009

SUATU KISAH SEDIH DAN LUCU DI BULAN RAMADHAN

SEDAPNYA PUTU MAYAM...
JIKA MENJADI JUADAH BERBUKA PUASA


SILA BACA KISAH INI,
IANYA AKAN JADI KENANGAN
YANG TIDAK MAMPU ANDA LUPAKAN
SEPANJANG HAYAT ANDA, MENTELAH LAGI
MENJELANG RAMADHAN DAN BOLEH DI CERITERAKAN
JUGA SELEPAS AIDILFITRI....


Suatu Kisah Di Bulan Ramadhan 2002
Yang Mengesankan -
Di Ceritakan oleh Sdra Fdaus Ahmad ( Universiti Tronoh )

Menelusuri beberapa blog rakan-rakan di maya dalam Ramadan ini, terbaca sebuah kisah yang boleh diketengahkan, cerita ini disunting mengikut kesesuaian tertentu.....

Lepas habis kelas Chemical Thermodynamic (ana ingat tajuk saja..jenis belajar semua meniru) kira kira dalam pukul lima setengah, Malek kawan kelas ana ajak pegi layan Pasar Ramadhan Batu Gajah. Ana memang style payah menolak pelawaan kawan kawan.Kalau janji berdating sekalipun,bila kawan dah ajak,hah..mintak maaf la wahai sang makwe,lain kali lah kita dating.
Persoalan ana pada Malek,"Apahalnya ente nak pegi sampai Batu Gajah?,Taman Maju pun ada pasar Ramadhan?,pergi Batu Gajah saja dah amek masa dua puluh minit untung bersih,baru untung bersih..belum campur kos lampu isyarat,kos lembu melintas dekat simpang Tronoh,kos minyak mentah,kos folo lori balak pada kelajuan 50km/j..kalau lump sum semua mau sampai empat puluh minit perjalanan sehala.Idea yang tak bebaloi langsung.

"Ana nak cari putu mayam untuk Shabir..dia telepon ana tadi pesan carikan putu mayam kalau jumpa kat pasar ramadhan,dia teringin..dekat Taman Maju konfem tak ada.Dia demam dah dua hari." - Malek jawab panjang panjang menceritakan hal Shabir kawan serumah beliau.

Ana panjat duduk seat sebelah tanpa melanjutkan soal jawab.Malek memang baik.Apa yang dia boleh tolong dia mesti tolong. Hari tu ana ajak dia ponteng kelas teman pegi Ipoh cari bundle dockers pun dia ikut.Tak banyak ragam. Kalau ana ada sepuluh orang kawan macam Malek rasanya memang bahagia le hidup kat dunia ni.

Perjalanan pegi Batu Gajah bersama Kancil eksotik Malek berlangsung sebagaimana yang ana pundit kan. Traffic Light yang tak pernah hijau bila nampak kereta Malek, lembu lembu yang melenggang bontot ditengah jalan, Lori lori balak yang selalu bikin hati membara bila nak potong tak lepas, ditambah dengan pemanduan berhemah encik Malek maka genaplah empat puluh minit sebelum tiba di tapak Pasar Ramadhan Batu Gajah.

Kami turun ke Pasar Ramadhan dengan niat murni mencari putu mayam untuk brader Shabir yang sedang demam. Pasar Ramadhan Batu Gajah boleh tahan juga dia punya panjang. Setelah dua tiga kali ber-sa'ie, barulah kami terjumpa mamak jual putu mayam atas motor di celah celah makcik Bihun Sup. (Ana rasa mamak tu jual tak baya resit MBBG menjual tanpa permit le ni...)

"Bagi tiga ringgit...kasi lebih gula sama kelapa" - Malek menunaikan tanggungjawab beliau dengan penuh kepuasan. Ana awal awal masuk event pasar ramadhan dah cekup nasik dagang sama air tebu. Malas pikir makanan bukan bukan.Malek pun sama menu dengan ana. Memang niat nak belikan putu mayam untuk Shabir, bukannya nak merewang saja saja.

Hampir setengah jam di pasar ramadhan Batu Gajah, ana dan Malek pun bergegas untuk pulang. Lembu lembu pun dah tak sabar menunggu kereta Malek lalu. Nak buat show tunjuk lenggang bontot masing-masing. Kalau lambat nanti marah pula. Radio hitz FM dalam kereta ana kilas pegi ke Radio Perak. Pukul enam setengah, dengarlah mengaji pulak. "Orang putih-orang putih juga Malek, mengajinya kita jadikan halwa telinga", kata ana padanya.

Sepanjang perjalanan pulang ke universiti Tronoh, halangan yang serupa ana dan malek tempuhi sebagaimana kami datang. Lembu lembu,lori balak dan traffic light yang ada skill boleh cam nombor plat kereta Malek. Asal nampak kereta Malek terus traffic light jadi merah. Perangai dengki yang bikin ana hilang sabar rasa nak penerajang. Cuma masa balik kami dapat bonus track sebab jalan nak keluar parking sesak macam dia tahu itu kereta Malek pakir.Ahh...h..ujian dibulan puasa.

Masa sampai di kolej, Azan maghrib sedang berkumandang. Alang alang, ana ikut bebuka dirumah Malek saja lah senang cerita.Kalau ana jalan kaki balik ke rumahana pun boleh, cuma makruh la sebab melambat lambatkan berbuka puasa. Takkan ana nak berbuka puasa minum air tebu sambil berjalan kaki naik turun tangga?, sebelah tangan minum air tebu, sebelah tangan lagi jinjing plastik nasi dagang. Hah gelagat gelojoh lagi tak matang. Bukan begitu sikap yang ibu ana terapkan.

Sampai dirumah Malek, budak- budak rumah beliau seperti Amir Hamjah, Idalara, Lenzs, Kuntong, Is Mahligairezki, Jeffry,Eiza, Jaja dan yang ada semua dah ready bersila atas surat khabar. Shabir pun ada duduk berselimut depan polistrin berisi nasi putih.
"Mana lauk ana?" - Shabir bertanya dengan semangat demam nak berbuka puasa.

******
Sesi berbuka puasa hari tu ana saspek telah menjadi legend dan sejarah pilu bilamana Shabir berbuka puasa dengan nasi putih berlaukkan PUTU MAYAM.

"TOMYAM ente tu, esok sumpah ana pegi cari, biar sampai ke Hattyai pun tak apa!!" - janji Malek pada Shabir.

Ana tak sampai hati nak kupas situasi konfuse dukalara antara Malek dan Shabir pada petang waktu berbuka hari tersebut. Putu Mayam dah jadi Putu Tomyam....Kah...kah...kah!!! Enta semua fikirkan lah...

*****

p/s: Kalau Shabir telepon pesan nasi dagang itu hari, mau si Malek ajak ana pegi carik nasi kangkang. Ana berfikir dalam hati dengan hujung ketawa yang masih berderai tetapi ditahan-tahan. Adakah pendengaran Malek begitu merosot di bulan Ramadhan ni...Malek....Malek...tapi mana nak cari seorang kawan yang sangat baik hati dan sedia berkorban sepertinya, cuma sesekali tidak teliti mendengar...!!

15 ulasan:

  1. salam bro,
    aduhai..sebenarnya nak makan tomyam ker putu mayam si Shabir tu..mmg kelakarlah bro..apepun mmg best dpt kwn cm Malik tu..funny

    **cuma tak paham cm ner leh ada kak jaja, eiza n idalara dlm citer tu..he3

    BalasPadam
  2. Salam Eiza,

    Lambatnya awak masuk dalam entry kekawan, tu N3 saya yang terkini, tunggu komen di N3 lain awak tak muncul. Ingat warded...

    Suatu kisah si Malek yang sangat jujur dan sedikit empang-empang alang. Nama kekawan tu di tambah nak buat lemak dan manisnya putu mayam si Shabir ketika berbuka puasanya pada hari tersebut...

    He...he..he..

    BalasPadam
  3. Salam Bro Zed,

    aikkk...saya pon ade join berbuka pose bersama2 otai2 BP ker?? heheheheh

    Kesian Malik,
    mgkn bulan puasa ni tak boleh korek telinga...bila mlm lepas terawih...terus zzzz....
    makanya tu yg kurang pendengaran sikit...

    Takpe la Malik,
    1 hari raya nnt kamu korek la telinga puas2 ye...hehehhehe

    BalasPadam
  4. `Assalamualaikum ~

    Justeru kita perlu amat berhati-hati mencerap apa saja maklumat yang disampaikan kepada kita agar kita tidak salah menyebarkan maklumat yang kita terima

    BalasPadam
  5. bro zed,
    eiza dah ok dah skit..cuma lembab skit berjalan2 kat blog kekwn..maaf yerkk..

    BalasPadam
  6. salam bro,

    Banyak-banyak cerita, cerita pekak yang bro minat.
    Bro jangan memandai nak ubuh nama kawan dalam citer ini. Sahabat-sahabat kawan memang tak ada yang pekak badak macam tu.....huhuhu...

    BalasPadam
  7. hahahaha..ida yg lara ni pun tergelak2 sakan baca kisah ni..adoi..dah tu pulak idalara ada sama nk buke puasa..haru betul punya kes..

    tp apapun idalara mng slute dgn kwn zedmagel tu si malek..baik sungguh..noleh berkenalan?hehehe

    BalasPadam
  8. Salam Jaja,

    Lepas pose ni konforim si Malek dah mendapat pendengarannya semula, telinga dia bukan setakat korek jek, tetapi nak kena vacum sekali,

    Nama teman-teman blogger, nak bagi penyedap cerita atau gula melaka dalam kisah putu mayam.

    He...he...

    BalasPadam
  9. Salam Bro Mahligairezki,


    Betul tu bro, saya bersetuju dengan pandangan br0.

    Kekadang kita yakin dengan pendengaran kita, tetapi telinga juga mampu menipu kita. Lalu itulah akibatnya. Semoga kisah ini menjadi panduan kita bersama.

    BalasPadam
  10. Salam Eiza,

    Tak kisah, asal awak sejahtera dan dapat kita sama-sama menyambut hari raya bersama-sama. Kalau tak kesian tudung berpangkat dari langkawi tu. siapa nak pakai?

    BalasPadam
  11. Salam Bro Amir,

    Orang lain puasa juga, tak le cepat melenting macam bro ni. Nama bro dan kekawan yang lain dijadikan watak tambahan bagi menyedapkan kisah putu mayam ni.

    Kekawan blogger BP semua okey, yang pekak badak ada satu je..Siapa? .bro le...

    Wakakaka.....

    BalasPadam
  12. Salam Idalara,

    Tujuan saya menulis mengisi kisah ni dalam blog saya pun untuk memberikan sedikit hiburan kepada kekawan semua. Biar rasa lagi lapr di bulan puasa ni.

    Nama Idalara saya selitkan nak tengok Idalara baca tak entry saya kali ni. Macam nak menduga gitu...he..ha..ha..

    Si Malek, memang dia seorang yang lurus dan sangat baik. Tetapi dia taklah sebaik macam abang zedmagelnya. Jelous saya bila Ida nak berkenalan dengannya. Tak payah kenal dengan Malek kenal dengan saya dah memadai.

    he ..he..jumpa Ida di lain entry. KUih2 tempahan dah siap ke? alakangkah baiknya jika saya boleh merasa..

    BalasPadam
  13. hah..
    jangan ikut sangat perangai malek tuh...

    BalasPadam
  14. Saudaraku FdausAmad,

    Boleh dijadikan modal bercerita semasa kekawan berkunjung raya. Ayat bahasa bro memang Raja Lawak akan pakai punya..

    BalasPadam
  15. hikmah dari kisah ini apa yh..?cocokannya

    BalasPadam