Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

16 September 2009

MALAM LAILATULQADAR



SALAH SATU BENTUK PEMANDANGAN
POHON KAYU YANG SEDANG SUJUD KE BUMI


Jika disebut Malam Lailatulqadar tentulah semua umat Islam dan kawan-kawan semua tahu akan kisahnya. Ianya merupakan satu malam yang ganjil dalam bulan Ramadhan, Malam Seribu Bulan dan ada diriwayatkan kemungkinan banyak berlaku di malam-malam 10 akhir Ramadhan.

Kejadian Malam Lailtulqadar ini terjadi pada diriku sendiri semasa usiaku lebih kurang 9 atau 10 tahun. Sungguhlah dengan mata kepalaku sendiri (seorang kanak-kanak nakal seusia itu menyaksikan satu kejadian ganjil di malam 10 akhir Ramadhan.

Ceritanya begini, jika tak silap aku malam itu merupakan malam ke 26 atau 27 Ramadhan, kerana pelita likur telah bernyala menerangi halaman luas rumah buruk dan kecil kami beberapa malam sebelumnya.

Seusai bersahur pagi itu, dengan cuaca dingin angin hutan di kampung waktu itu, aku terkokol didalam gebar ( selimut ) dilantai papan jarang yang beralaskan sekeping tikar mengkuang usang yang berlubang untuk menyambung mimpi indah Ramadhanku.

" Meng...pagi ini ikut abah pergi masjid untuk Solat Subuh.." kerah abah agak keras. Apa yang mampu nak ku sanggah, aku hanya akur dengan cadangan abah, kerana aku satu-satunya anak lelaki beliau, takan dia nak ajak kakakku yang dua orang tu pulak.

Tak lama kelihatan aku tertenggek membonceng ditempat duduk belakang basikal buruk abah, keriang...keriut..keriang...keriuuttt bunyi rantai basikal abah yang tidak berminyak itu mengikut gaya kayuhan abah.

Lebih kurang 10 minit berkayuh kami sudah menghampiri ke kawasan masjid. Alangkah terkejutnya aku, apabila aku lihat disekitar kawasan masjid pucuk-pucuk kelapa dan pohon-pohon di disekeliling masjid yang biasanya tinggi berdiri kini sujud menyembah bumi.

Aku teringatkan cerita seorang Ustaz yang memberi tazkirah mengenai Malam Lailatulqadar dan tanda-tandanya. Aku pasti pagi ni aku sangat bertuah kerana bertemu dengan Malam Seribu Bulan.

Aku pun mencuit pinggang abah. "Ohoooo pocot....jerit abah terperanjat dan geli dengan cuitan aku dipinggannya. Abah hilang kawalan dek cuitan geliku itu dan kami dua beranak teperosok kedalam parit disempadan pagar masjid.

" Apahal kau ni? Mencuit pinggang aku tak tentu pasal pulak?" bentak abah dengan nada marah kerana tubuh kami dibasahi air parit yang berlumpur.
" Bah...Lailatulqadar dah turun ..Bah....." jawabku sangat pasti.
"Lailatulqadar atuk kamu...Lailatulqadar apa bendanya?"
"Tu Abah tak nampak ke, pucuk kelapa, pucuk getah dan pucuk Bachang semua dah sujud ketanah..tu hah.", balasku sangat yakin.
"Lalaitulqadar kepala hotak kau..kan ke kawasan masjid ni nak diluaskan, pokok-pokok tu baru di tebang dua hari lepas, belum di kemaskan lagi".
"Dah berapa lama kau ni tak ke masjid ni? " tanya abah.

Aku terkedu dan haru tak membalas soalan cepumas abah. Pertama aku dah tak menemui Malam Lailatulqadar, kedua kami berdua beranak basah dalam lumpur dan ketiganya sejak beberapa hari nak menyambut raya ni aku main meriam buluh kat belakang rumah dah tak jengah masjid lagi, sebab raya dah dekat sangat ni.

Kejadian Malam Lailatulqadar itu sentiasa menjadi kenangan manis yang sangat lucu dan indah bagiku hingga sekarang. Bagi abah aku tak tahu, kerana aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa pun.

Untuk Abah...Salam Aidilfitri dan aku mohon ampun dan maaf banyak-banyak, Abah.

......KAMI SEMUA SAYANG ABAH, APA LAGI SEJAK EMAK TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH TIGA TAHUN YANG LALU....DAN ALFATEHA BUAT ALLAHYARHAMAH EMAKKU MUDAH-MUDAHNAN ROHNYA DICUCURI RAHMAT JUA..........


6 ulasan:

  1. Suspen jek citer bro, nasib baik dah agak dah hehe.

    BalasPadam
  2. salam bro zed..
    mmg ada intro mengsuspenkan org nie..kan dh basah masuk parit..bro kg kat mana?..apepun suatu kenangan manis yg pasti takkan dilupakn smpai bebilakan :)

    BalasPadam
  3. Salam Intan RH,

    Bertujuan memang menyespenkan kawan-kawan blogger yang sudi membaca, tajam betul akan Intan RH ni, belum baca dah boleh agak dah...he..he dah selalu terkena la tu..

    SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATHIN
    dari kami sekeluarga pada AR, SRK dan anak-anak.

    BalasPadam
  4. SALAM LEBARAN EIZA,

    Intro yang menyespenkan khas untuk awak biar terus membacanya, macam cerita najis besar dalam N3 awak le.

    Kampung saya nanti awak tau bila bertamu pada Aidilfitri ni.

    Bagi saya sangat manis indah dan mensyahdukan.
    Ha...ha...

    BalasPadam
  5. Salam bro,
    Kawan dapat bayangkan suasana bro dengan Pak Mail mengikut cerita ni. Bro kalau tulis cerita syahdu memang tangkap leleh. hehehe... kawan ingat bro memang bertuah betul dapat jumpa malam lailatulqard tu. Tapi Allah hanya beri pada orang-orang yang bukan macam kita ni bro......huhuhu.

    Tq atas cerita ni bro komeng!

    BalasPadam
  6. Salam Sahabatku Bro Amirhamzah,

    Begitulah antara ceritanya, betullah bro ketentutan dari Allah tapi kita berusaha untuk mendapatkannya, mudah-mudahan.

    Bro kenapa nama glemer disebut disini.? Agak kurang sopan tindakan itu.

    BalasPadam