Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

07 September 2009

SALAM AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATHIN



Mungkin begitu awal menitip salam lebaran kepada semua blogger di maya ini. Bukannya apa kata orang Johor. Ramadhan akan melabuhkan tiranya lebih kurang 13 hari lagi ( cepatnya Ramadhan bergerak meninggalkan kita semua ). Jika lewat menulis N3 kisah aidilfitri, bimbang di musim perayaan kita tidak menjenguk N3 rakan-rakan. Jika lewat takut N3 dah basi pulak. Kot-kot sibuk punya sibuk nak cari sampul ketupat dan rempah rendang satu apah pun tak ditulis mengenai HARI RAYA AIDILFITRI....

Sementara semangat raya tengah berkobar-kobar ni, eloklah saling mengucapkan salam di antara kita.


DIKESEMPATAN INI SAYA SEKELUARGA
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SERTA
MAAF ZAHIR BATHIN
KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER
DI MAYA INI
SEGALA KHILAF DAN SALAH SAYA
DI POHONKAN KEMAAFAN
ANDAIKATA TUTUR KATA DAN TULISAN SAYA
MENYINGGUNG PERASAAN DAN HATI
TUAN/PUAN SEMUA
SAYA MOHON MAAF BANYAK-BANYAK...


Kepada semua sahabat-sahabat blogger dipersilakan datang ke rumah saya jika ada kelapangan..


ASAP API KAYU BEREMBUN,
NYIUR YANG TUA DIBUAT MINYAK,
JIKA TERDAPAT DOSA BERKURUN,

MOHON DIAMPUN BERBANYAK-BANYAK.


Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Bathin dari Zedmagel & Keluarga

28 ulasan:

  1. salam bro zedmagel,

    13 hari lagi bro. Awal bebenor, macam bebudak seronok nak beraya.....hehehe. Buat masa ni kawan belum teringin lagi nak ucap selamat hari raya atau mintak maaf kat bro. 13 hari lagi.....banyak dosa kat bro boleh buat.....huhuhu.....Kita kat Johor ni, puasa sebulan, raya pun sebulan .......jangan lupa beli mercun smuggle ye bro!

    BalasPadam
  2. Salam Bro Zed,

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin juga dari saya sekeluarga.

    Harap2 raya nnt boleh la Otai2 BP buat konvoi ramai2 utk betraya ke rumah kawan2 blogger...boleh saya join sekaki...heheheh

    **boleh ker?? malunyer saya jika idea saya tidak diendahkan..awwwwww!!!

    BalasPadam
  3. Saudara Zedmagel: Dikesempatan ini juga saya Kuntong dan famili mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin. Mohon maaf di atas segala kesilapan yang besar dan kecil. yang ingat dan tak ingat. baik dari segi tuturkata atau tingkah laku saya yang tidak menyenangkan.Mudah-mudahan kita semua dalam bimbingan Allah. Dan saya doakan agar saudara dapat menunaikan haji pada tahun ini.Bolehlah saya panggil anda Haji Zedmagel.

    BalasPadam
  4. salam zedmagel..
    wah..tak terasa masa berlalu, Ramadhan sudah hari ke 17..kesibukan di pejabat dan menyiapkan tempahan buat sy rasa masa terlalu pantas bergerak.

    Tahun ini adalah tahun ke 5 saya beraya tnpa suami dn anak2 tnpa seorg abah wlupun abah diaorg masih segar bugar lg..seronok suka duka sayu sedih hiba bercampur baur tiap kali raya menjelma..suka kerana tk perlu bergaduh nak beraya di mana dulu tp sedih dan hiba bila anak2 hanya mencium tangan sy..pilu bila lihat anak2 hnya bermanja dgn pak2 sedara mereka.

    saya seronok beraya di btu pahat.semasa beraya rumah adik di parit yaani.suasana sgt meriah sana sini berbaju melayu berbaju kurung..

    Saya pun nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat menyambut hari raya pd zemagel sekeluarga..ampun maaf andai ada terkasar bahasa.

    p/s wlupun baru mengnali zedmagel sy rasa sgt beruntung mmepunyai teman2 seperti zedmagel.Terimakasih.

    BalasPadam
  5. السلام عليكم

    terima kasih la bro komen kat blog saya... terharu rasanyer dah ada rakan2 blogger sekarang ni.

    haah btul kate bro amirhamzah awal lagi tu, tapi benda baik mmg elok wt awal2, saya pun begitu juga jika ada kesilapan sebarang pertuturan semasa pertemuan yang lalu saya mhon ampun dan maaf .


    مع السلامة

    وإلى القاء

    BalasPadam
  6. Salam bro Zed, awal tu wish hari raya hehe tp takpe. Slmt hari raya aidilfitri utk bro sekeluarga. Kalau "tersesat" di Temerloh, dtg la umah sy :)

    BalasPadam
  7. salam bro zedmagel,
    dikesempatan yg ada ini ingin sekali eiza meyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada tersilap mengomen atau berkata-kata semasa pertemuan kita yg lalu..

    nanti klu bro jadi g haji doakan eiza yerk..
    selamat hari raya aidilfitri..raya jemput dtg kerumah sy..=)

    BalasPadam
  8. السلام عليكم
    Bro Amir Hamzah,

    Banyak-banyak komen pada N3 kali ini, komen bro le yang paling aku menyampah sekali, ketika yang lain menghulurkan salam kemaafan sempena Idulfitri, Bro seorang ni yang tak minta maaf, sebab masih nak mengutuk sehingga 29 Ramadhan,

    Aduhaiii le sahabatku seorang ni...
    malas nak melayannya...

    BalasPadam
  9. Jaja Bini TR,
    السلام عليكم

    Sihat ke hari ni Jaja? Dah banyak beli kuih raya, baju raya, langsir raya, pelita raya, cat raya dan raya-raya yang lain? He he..

    Sama-sama kita bermaafan di hari mulia dan bahagia ini.

    Satu pendapat yang sangat baik, Bagus pandangan Jaja tu, InsyaAllah raya tahun ni kita akan mengadakan ziarah idulfitri seperti yang Jaja cadangkan, apa-apa hal nanti kita akan maklum kepada Bro Kuntong, untuk rakan-rakan blogger di Mukim 4..

    BalasPadam
  10. السلام عليكم
    Saudaraku Kuntong,

    Ohhh alah kang Kuntong.. Sami-sami loh kang...

    Aku njalok ngapuro karo riko akeh-akeh, seng eneng kesalahan ku karo kuew jaman mbien, nek eneng opo orah enang, aku njalok maaf okeh-okeh.

    Selamat Dino Bodokh...

    BalasPadam
  11. السلام عليكم

    Sahabatku Idalara,

    Begitulah jika kita sentiasa menunaikan tanggungjawab dan keperluan harian, sesuatu berlalu begitu cepat dan seakan tidak akan terhenti...

    Hati saya begitu tersentuh membaca tulisan Ida pada pagi Ramadhan yang bening ini, namun dari kejauhan ini saya sentiasa mendoakan agar kebahagian Ida pada pagi syawal nanti bersama anak-anak tercinta, Tak kira tanpa abah atau bapa kebahagian anak-anak di pagi raya perlu dipenuhi. Untuk Ida apalah erti suami, jika hidup sendiri lebih membahagiakan dan menyakinkan. Tak begitu Ida?

    Suasana aidilfitri di BP sama sahaja dengan bandar dan desa di tempat kain di negara kita. Tetapi saya lihat suasana kedesaan lebih berpihak kepada BP, jadi mungkin lebih menarik lagi.

    Sama-sama Ida, kita bermaaf bagi meringankan dosa masing-masing. Saya juga beruntung mempunyai rakan maya seperti Ida disini, boleh memberi dan menerima pandangan dari kawan-kawan.

    Jumpa lagi Ida, mudah-mudahan di Aidilfitri ini.

    السلام عليكم

    BalasPadam
  12. Salam Syah Putra Sahabatku,

    Saya setuju dengan pendapat bro tu, jika sesuatu yang baik kita awalkan lebih molek lagi,

    Tapi ada ke kata Bro Amir saya seperti budak-budak tak sabo nak sambut raya. Apa rah....

    Dia nak tunggu Ramadhan 29 baru nak minta maaf kepada saya. Saya tahu dia tu sengaja mengacah saya. Hati siapa lagi yang boleh dia sakitkan kalau bukan saya?

    keh---keh....bergaduh tandanya mesra...Syah Putra..

    BalasPadam
  13. Salam Intan RH,

    Seperti yang saya jelaskan dalam entry ini, memang awal, bimbang jika diantara kita akan terus sibuk tanpa mengucapkan maaf dan salam lebaran sesama sendiri nanti.

    Saya akan cuba menyesatkan diri di Temerloh jika perlu. Hanya untuk singgah ke rumah Ms Diamond dan SRK...hah..ha..

    Tapi MS Diamond dan SRK Tak perlu lah untuk sesat di BP untuk bertemu saya. Jika ke BP saya dan blogger BP tunggu DENGAN Nasi brayani dan asam pedas BP...he..he.

    SALAM LEBARAN....

    BalasPadam
  14. Salam Eiza,


    Saya pun begitu juga, maaf zahir batin, samada yang lalu atau yang akan datang..he.he..

    Angin mana yang bertiup megatakan saya akan menunaikan haji tahun ni?. Tapi mungkin juga InsyaAllah...

    Doakan apa jika saya ke Mekah tahun ni? Supaya awak cepat bertemu jodoh yek? Sama-sama kita doakan sekarang juga.

    Salam lebaran juga buat anda maaf zahir bathin, saya akan ke rumah anda pada raya ni..dengan teman blogger yang alin.

    السلام عليكم

    BalasPadam
  15. maaf zahir batin dari saya jugak..teringat dah, sambal goreng, ketupat dan rendang..ini yg tak tahan ni..Oh ya org johor kalau ketupat jangan lupa buat lepat sekali..ramai yg dah lupa asik lemang, lemang ,lemang..bosan.

    BalasPadam
  16. السلام عليكم

    Sahabatku Dino,

    Sambal goreng, lepat,ketupat dan lagi satu jangan lupa burasak dengan gulai asam peadas ikan parang ( bagi juadah raya ) masyarakat kita kaum Bugis. Sangat menarik dan lazat dimakan...

    Aduhai...ngences jika difikirkan...

    BalasPadam
  17. salam en Zed,
    tak tahu mengapa, tgk tajuk je saya dah tergelak. Sampai sewaktu menulis nie pun saya masih tersenyum2 lagi ....:) Bukan apa, saya nie baju raya ke, kasut raya ke, kueh raya ke, apa benda raya pun tak beli n tak ready lagi, tapi rupanya org2 dah start sibuk ucap selamat hari raya eh? hehehe.. mcm terasa ketinggalam keretapi pulak sy nie.

    Apapun, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat En Zed sekeluarga. Ampun Maaf Zahir Batin andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara.

    Selamat juga Menyempurnakan ibadah puasa yg hanya tinggal 13 hari sahaja lg ni, Moga kita sama2 tergolong dalam golongan org2 yang berjumpa dgn mlm Laitul Qadar, malam yg lebih baik dr seribu bulan itu. InsyaAllah.

    BalasPadam
  18. Salam Lebaran Cik Skaf,

    He he..saya tambahkan rungsing Cik Skaf lagi..bukan 13 hari lagi, 11 hari lagi Lebaran mengetuk pintunya.

    Cik Skaf bukan ketinggalan keretapi, tetapi saya lebih suka mendahuluinya. Tak mau terlambat atau tanpa mengucapkannya.

    Aduhai Cik Skaf orang bujang, apalah nak disiapkan apa yang dicapainya terus Hari Raya sahaja, tidak seperti mereka yang berkeluarga lebih sakit lebih pening mengurus segala-galanya..

    MUdah-mudahan Cik Skap, bersama kita bermaafan. Malam ni jangan lupa kat masjid, masih ada Tarawih lagi....

    BalasPadam
  19. Larapun sama nak ucapakan selamat nyambut ketibaan Eid Fitr tahun ini semoga semuanya berjalan lancar dan raya ini yg terbaik buat kita semua.
    Pohon maaf kalu ade yg keterlaluan cara dan terkasar bahasa. Terima kasih kerana menjadi antara pengunjung setia blog lara. Salam buat seisi keluargamu

    BalasPadam
  20. ~ Sahabat ku Zed ~

    Alhamdulillah! Kita masih dilanjutkan usia hingga saat ini dan diizinkan untuk bersama-sama menunaikan ibadah puasa. Terasa masa amat pantas berlalu, hari nie dah 20 Ramadan.

    Di kesempatan ini saya juga memohon kemaafan kepada saudara andai ada yang tercuit rasa di sepanjang interaksi kita selama ini.

    Salam buat isteri tersayang, teringin nak bawak keluarga ke taman dalam rumah di Semerah tu...

    BalasPadam
  21. Salam Lara,

    Saya pun begitu juga, semoga ada kemaafan bagi saya dari lara. Mungkin sepanjang perkenalan kita di maya ada tulisan dan kata-katan yang menguris, saya mohon kemaafan banyak-banyak.

    Salam Lebaran buat Lara dan keluarga

    BalasPadam
  22. Salam Bro Is Mahligairezeki,

    Saya pun begitu juga, memohon seribu kemaafan dari bro Is, mana-mana yang tak berkenaan harap maafkan. Semoga ada kemaafan bagi saya dari bro.

    Mungkin sepanjang usia perkenalan kita dari kanak-kanak sampai sekarngan banyak kata-kata yang menguris, saya mohon seribu kemaafan.

    Salam Aidilfitri buat Is dan keluarga

    BalasPadam
  23. Semoga taqwa mengakhiri Ramadhan ini dan kemantapan Iman mendahului Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    Maaf Zahir & Batin

    BalasPadam
  24. Salam Lebaran Buat Tejaku,

    Moga Ramadhan membawa seribu makna buat kita semua, untuk Tejaku Syawal kali ini diharap akan membawa sejuta kebahagian untuk diri anda.

    MAAF LAHIR DAN BATHIN.....

    BalasPadam
  25. Tak sangka kita dari kampung daerah yg sama, arwah ayah saye rumah di Ait Hitam batu 1, tu susur keluar ke Air Itam adalah antaranya tanah dusun dia. Tapi dia keturunan Bugis, aga kareba leee.

    Akak pun sama nak pohon maaf manale tahu dalam berkerya merepek repek tu ada yg menyentuh perasaan encik adik. Semoga Syawal ni yg terbaik buatmu sekeluarga.

    BalasPadam
  26. Salam Lara,

    Apakah kita telah ditakdirkan begitu? Berasal dari daerah yang sama, jika tanah arwah ayah Dik Lara memang saya tahu kedudukannya. Menghala ke Kluang di sebalah kanankan? Lara anak Wak Ahmad Khaironi ke adik beradik dengan Jasman? atau jiran mereka?.

    Aga garebaa? Gareeba madiching. Ari raya ni nak berjokah ke Johor ka?

    Jangan berbahasa kakak kepada saya, saya lebih berusia dari Dik Lara.

    SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHAIR BATHIN. BUAT LARA DAN KELUARGA.

    BalasPadam
  27. Salam Bro Basuh Baju,

    SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN, UNTUK SI BUJANG KACAK KITA YANG SEORANG NI...
    HARAP AKAN LEBIH MERIAH HARI RAYA TAHUN NI..

    BalasPadam